InsyaAllah, awal permulaan tahun Hijrah akan menjelang tiba. Marilah kita sama-sama memperbaharui niat dan azam untuk terus menggilap kecemerlangan diri di samping mengharap keredhaan Ilahi. Semoga tahun 1430H / 2009M adalah titik kesinambungan ke arah hidup yang diredhai
Surau kita akan mengadakan program seperti berikut:
28/12/08 – Hari Ahad. Pukul 7.00 malam : Bacaan Doa Akhir Tahun Hijrah 1429. Kemudian Bacaan Doa Awal Tahun Hijrah 1430. Pada malam ini juga akan mengadakan bacaan Tahlil dan doa selamat.
29/12/08 – Hari Isnin. Selepas Maghrib. Ceramah Maal Hijrah 1430H. Oleh Tn Hj Zamani bin Hj Ibrahim. Pengetua ITQAN.



