Tarikh : 25 Mei 2010; Selepas Maghrib
Tazkirah :
Amalan Istiqfar kepada Allah swt bermakna kita memohon ampun kepada Allah swt.
Kelebihan kita beristiqfar:
- Menghapuskan dosa
- Mendekatkan diri kepada Allah swt
- Mengurangkan pelbagai masalah yang dihadapi
Rasulullah saw sentiasa beristiqfar kepada Allah swt.
Hasan Al Basri mengatakan istiqfar dapat melepaskan kita daripada keadaan dukacita dan kecemasan. Ada orang datang kepada nya, menceritakan keadaan masalah mereka (masa itu berlakunya kemarau yang teruk). Hasan Al Basri mengatakan : “Berbanyakkanlah istiqfar kepada Allah swt.”
“Aku memohon ampun kepada Allah”
“Aku memohon ampun kepada Allah yang tidak ada Tuhan selain Dia, yang hidup dan selalu jaga; dan aku bertaubat pada-Mu”
“Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan selain Engkau; Engkau yang menciptakan dan aku abdi-Mu, dan aku berada dalam perjanjian dengan-Mu, ikrar kepada-Mu, (yang akan kulaksanakan dengan) segala kemampuanku; dan aku berlindung pada-Mu, dari kejahatan apa-apa yang telah aku lakukan; aku mengakui (dengan sebenar-benarnya) nikmat-Mu”
Tilawah Al-quran dari surah Al-Baqarah ayat 234 hingga 252.