Pohon Sumbangan

Kepada,

Yang Berhormat, Dato’ / Datin, Tuan/Puan, Encik

MEMOHON SUMBANGAN IHKLAS UNTUK MENJALANKAN AKTIVITI SURAU

Saya dengan segala hormatnya ingin menarik perhatian berhubung dengan perkara di atas.

2.      Sehubungan dengan perkara di atas, Ahli Jawatankuasa Surau telah bermesyuarat dan telah sebulat suara memohon jasa baik Tuan/Puan untuk menyalurkan sumbangan ikhlas kepada Surau Nur Iman Gemencheh bagi menampung sebahagian daripada kos untuk menjalankan aktiviti-aktiviti di Surau Nur Iman, Gemencheh.

3.  Untuk pengetahuan Tuan/puan, usaha murni ini adalah gabungan usaha AJK Surau Nur Iman dan Ahli Kariah Surau Nur Iman untuk mewujudkan suatu prasarana yang sesuai dengan perkembangan pendidikan semasa dan menjana minda ahli kariah Surau Nur Iman  dengan aktiviti-aktiviti yang berteraskan ilmu dan Teknologi Maklumat. Lebih-lebih lagi kami berhasrat untuk menjadikan Surau Nur Iman sebagai Pusat Kecemerlangan bukan sahaja sebagai tempat ibadat khusus bahkan meliputi dalam semua aspek kehidupan. Pelbagai program telah dijalankan dan akan dirancangkan di surau ini. Program yang telah dirancang kadangkala terpaksa dibatalkan oleh kerana tiada peruntukan yang secukupnya.

4.   Dengan tujuan di atas, kami berharap Tuan/Puan dapat memberi sumbangan ikhlas kepada surau ini.Sumbangan cek di atas nama : SURAU NUR IMAN GEMENCHEH. Atau boleh dikreditkan terus ke dalam akaun Surau Nur Iman : Maybank Cawangan Gemencheh. No Akaun : 155096009881

5.  Sumbangan Tuan/Puan itu nanti akan menjadi pemangkin bagi kami ke arah menjadikan Surau Nur Iman sebagai surau yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

6. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala kerjasama, sokongan dan sumbangan yang diberikan.

Sekian Terima Kasih.

“CEMERLANG, GEMILANG & TERBILANG”

Yang Menjalankan Tugas

Abdullah bin Abu Hassan

  • Pengerusi
  • Surau Nur Iman
  • 73200 Gemencheh, Negeri Sembilan Darul Khusus
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s