MUQADDIMAH

4 10 2008

Logo Surau Nur Iman

 

Assalamualaikum     

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekelian.

Kita semua tahu betapa besarnya ganjaran pahala kepada sesiapa yang mengimarah rumah Allah seperti masjid dan surau.

Surau Nur Iman terletak di tepi jalan besar dari Gemencheh ke Batang Melaka. Telah didirikan dan mula berfungsi sekitar tahun 1996/97. Mulai Jun 2008, kegiatan surau kembali aktif dan kelihatan ceria berserta prasarana yang baru. Hasil sokongan para dermawan dari pelbagai pihak.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua ahli kariah yang telah melaksanakan usaha fardhu kifayah ini.

Ahli JawatanKuasa mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan kepada surau. Sumbangan wang boleh dikreditkan dalam akaun Surau Nur Iman, Gemencheh. No. Akaun: 155096009881. Bank: Maybank Cawangan Gemencheh. Didoakan semoga Tuan/Puan dirahmati oleh Allah swt.

 





MAULIDUR RASUL … KEHARUMAN SEERAH ARRASUL SAW ….

21 04 2009

Perjalanan kehidupan yang kita lalui seakan-akan sama dengan perjalanan kehidupan Ar Rasul saw dan para sahabah, kerana pada zaman ini Islam telah kembali dagang.

Marilah kita mengambil iktibar, pedoman dan pengajaran di sepanjang jalan dakwah ar Rasul saw. Apabila kita mempelajari seerah Rasulullah saw hendaklah kita merasa-rasakan seolah-olah kita berada di zaman itu. Sebagai contoh: Apabila diceritakan kesabaran Yasir dan Sumayyah diseksa dan syahid, hendaklah kita membayangkan yang kita berada di sana.

Pada 9 April 2009, Surau Nur Iman telah mengadakan program sambutan Maulidur Rasul. Alhamdulillah, ramai ahli kariah yang telah datang dan ramai pula yang menghulurkan sumbangan. Semoga pengorbanan yang kita berikan akan disusuli dengan ganjaran yang besar olih Allah swt.

Penceramah undangan ialah Ust Hj Zulkarnain bin Itam.

Majlis diserikan dengan kumpulan nasyid dari Maahad Ahmadi, Gemencheh.

SAMBUTAN MAJLIS MAULIDUR RASUL





KINI BERMULA…. PEMBINAAN TEMPAT SOLAT WANITA

13 02 2009

Tahniah …. kepada para penyumbang dan ahli kariah semua.

Kini pembinaan tempat solat wanita kian rancak berjalan. Semua ini tidak dapat dilaksanakan tanpa sokongan dan dorongan ahli kariah semua.





GERHANA MATAHARI .. KEHEBATAN ALLAH

26 01 2009

Ahli kariah yang dihormati,

Marilah kita bersama-sama memerhatikan setiap kejadian alam yang berlaku dengan penuh rasa tawaduk dan bersyukur kepada Allah yang menjadikan kita. Pada hari ini, akan berlakunya Gerhana Matahari. Insya Allah, program solat sunat Gerhana Matahari dan khutbah Gerhana Matahari akan diadakan pada ketetapan di bawah:

Masa : Lepas Solat Asar

Tempat : Masjid As-Syakirin

Program : Solat Asar, Solat Sunat Gerhana Matahari, Khutbah Gerhana Matahari

Beramai-ramailah kita menghadiri program ini. Ajaklah kawan-kawan kita dan keluarga kita.

Gerhana Matahari Penuh

Gerhana Matahari Penuh

Gerhana Matahari dan Gerhana Bulan

Gerhana Matahari dan Gerhana Bulan





AS-SYURA … 10 MUHARRAM

8 01 2009

Hari Asyura sewajarnya dijadikan permulaan baik untuk kita menempuh tahun baru 1430H. Perbanyakkanlah amalan sunat yang dianjurkan seperti berpuasa dan bersedekah.

Kita digalakkan berpuasa pada hari 10 Muharram.

InsyaAllah pada 11 Muharram, kita akan masak bubur assyura secara gotong royong. Bubur ini akan diagihkan kepada jemaah yang hadir. Pada malam ini juga kita akan mengadakan solat hajat untuk rakyat palestin.





Arkib Kenang-Kenangan Di Surau Nur Iman, Gemencheh

14 12 2008





MAAL HIJRAH 1430H ….. KIAN MENJELMA

12 12 2008

 InsyaAllah, awal permulaan tahun Hijrah akan menjelang tiba.  Marilah kita sama-sama memperbaharui niat dan azam untuk terus menggilap kecemerlangan diri di samping mengharap keredhaan Ilahi. Semoga tahun 1430H / 2009M adalah titik kesinambungan ke arah hidup yang diredhai

Surau kita akan mengadakan program seperti berikut:

 28/12/08 – Hari Ahad. Pukul 7.00 malam : Bacaan Doa Akhir Tahun Hijrah 1429. Kemudian Bacaan Doa Awal Tahun Hijrah 1430. Pada malam ini juga akan mengadakan bacaan Tahlil dan doa selamat.

29/12/08 – Hari Isnin. Selepas Maghrib. Ceramah Maal Hijrah 1430H. Oleh Tn Hj Zamani bin Hj Ibrahim. Pengetua ITQAN.

 





PROGRAM 13/2/09 – 20/2/09

25 11 2008

13/2/09 – 20/2/09 – Solat Maghrib & Isya berjemaah di surau nur iman

19/2/09 – Bacaan Yasin dan Tahlil di surau





DI DALAM IBADAH HAJI … ADA BEKALAN

14 11 2008

Tahniah kepada saudara kita yang menunaikan haji pada tahun ini. Mereka merupakan tetamu Allah swt. Alangkah besarnya pengertian ini. Dengan itu kita akan merasakan aman tenteram di dalam pemeliharaan Allah swt.

InsyaAllah pada tahun ini, surau kita akan melaksanakan ibadah korban. Menyembelih binatang sebagai korban serta membahagi-bahagikan kepada fakir miskin, adalah untuk menghampirkan diri kita kepada Allah dengan harapan supaya Allah membebaskan kita dari api neraka. Ini juga melahirkan sifat kasih sayang kepada fakir miskin dengan memberi mereka makanan serta melahirkan sifat syukur kepada Allah swt, sepertimana firman Allah dalam surah al Hajj ayat 36.

5 ekor lembu telah dikorbankan. Alhamdulillah, ramai ahli kariah yang telah hadir. Bantuan, sokongan dan gotong-royong  yang ditunjukkan amat membanggakan. AJK surau mengucapkan ribuan terima kasih, semoga Allah swt memberi ganjaran-Nya kepada kita semua.

Kaunter Pendaftaran Majlis Korban
Kaunter Pendaftaran Majlis Korban
Acara korban berjalan seperti dijadualkan, walaupun hari hujan.

Acara korban berjalan seperti dijadualkan, walaupun hari hujan.

Ketibaan lori yang membawa lembu

Ketibaan lori yang membawa lembu

Tn Imam Hj Taha Abd Ghani sedang melakukan sembelihan dan dibantu oleh orang ramai.

Tn Imam Hj Taha Abd Ghani sedang melakukan sembelihan dan dibantu oleh orang ramai.

Kaum wanita turut membantu menyediakan persiapan memasak.
Kaum wanita turut membantu menyediakan persiapan memasak.
Persiapan meyediakan jamuan makan tengahari

Persiapan meyediakan jamuan makan tengahari

Ahli-ahli kariah sangat berkerja-sama memotong daging dan tulang.

Ahli-ahli kariah sangat berkerjasama memotong daging dan tulang.

Gotong royong ibadah korban
Gotong royong ibadah korban
Kerja-kerja memotong daging dan tulang

Kerja-kerja memotong daging dan tulang

Gotong-royong ibadah korban

Gotong-royong ibadah korban

Sdra Abdullah Abu Hassan.

Bacaan doa oleh Ustaz Hj Sharoni tanda kesyukuran. Hadapan beliau ialah pengerusi surau : Sdra Abdullah Abu Hassan.

Daging korban telah siap untuk diagihkan

Daging korban telah siap untuk diagihkan